Warga Sabah Kekalkan Warisan Meskipun Jauh Dari Negeri Di Bawah Bayu

Kaamatan Harvest Festival.png

Tarian tradisional suku kaum Kadazan dipersembahkan oleh penari-penari dari Persatuan Kebudayaan Sabah Melbourne di Kingston City Hall sempena sambutan Pesta Kaamatan 2024.

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Walaupun jauh dari negara yang dirindui, warga Negeri Di Bawah Bayu yang kini menetap di Australia tidak mengabaikan warisan kebudayaan mereka. Sempena pesta menuai tahunan yang disambut oleh semua suku kaum di negeri indah yang terletak di bahagian utara pulau besar Borneo, Persatuan Kebudayaan Sabah Melbourne menganjurkan Pesta Kaamatan 2024. Pesta meriah sepanjang hari melihat warga Sabah di ibu kota Victoria mengambil bahagian dalam pelbagai persembahan dan pertandingan, termasuk pemilihan juara Sugandoi dalam pertandingan menyanyi serta pemilihan Ratu Cantik Zandi Tavanus dan Ratu Unduk Ngadau. Pesta Kaamatan 2024 turut melihat sajian hidangan enak, termasuk sajian Hinava ikan mentah yang popular di negeri Sabah. Cabutan bertuah turut diadakan dengan kemuncak cabutan melihat seorang pemenang bernasib baik memenangi sebuah kereta. Syabas kepada Flora Stepen, selaku Presiden Persatuan Kebudayaan Sabah menganjurkan Pesta Kaamatan 2024, sekaligus mengekalkan warisan budaya kepelbagaian suku kaum dari negeri yang indah di bawah bayu.


















Share