Nik Nasyron Syah Gesa Warga Malaysia Mendekati Konsulat Jeneral Mendapatkan Maklumat Sahih Tanpa Spekulasi

Zaini Ahmad Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, Konsul Jeneral Malaysia di Hotel Grand Hyatt, Melbourne.

Zaini Ahmad bersama Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, meraikan 67 tahun Kemerdekaan Malaysia di Hotel Grand Hyatt, Melbourne.

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Tahun ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dengan tema, Malaysia Madani, Jiwa Merdeka. Segolongan warga Malaysia yang menetap di Melbourne, Australia, turut berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini setelah dijemput menghadiri majils anjuran Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne di sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota negeri Victoria yang indah ini. SBS Bahasa Melayu turut dijemput ke majlis ini, di mana Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud selaku Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne.


Sejak mengambil-alih jawatan Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, terus membuktikan kemesraan dan keselesaan beliau mendekati warga Malaysia yang kini menetap di Australia, khususnya di ibu negeri Victoria yang indah ini.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, Konsulat Jeneral Malaysia menganjurkan malam ramah mesra di kalangan warga Malaysia di Melbourne bertujuan menjalinkan rangkaian perhubungan yang mampu mendatangkan manfaat kepada semua.

Tema sambutan Kemerdekaan tahun ini ialah Malaysia Madani, Jiwa Merdeka dan malam penuh bermakna melihat tetamu menikmati sajian popular tanahair, termasuk nasi lemak, satay, onde-onde dan bubur cha-cha.

Menurut Nik Nasyron, wujud di kalangan warga Malaysia yang mempunyai masalah berkaitan isu konsular, termasuk isu permohonan dokumen perjalanan, sijil perkahwinan dan sijil lahir, namun seringkali menerima maklumat kurang tepat daripada warga Melayu lain yang tidak bertauliah dan tiada kaitan lansung dengan Konsulat Jeneral atau Suruhanjaya Malaysia di Canberra.

Malangnya, maklumat tidak tepat ini seringkali disebarkan kepada sebilangan besar warga Malaysia lain yang lantas mempunyai tanggapan negatif terhadap sesetengah wakil kerajaan Malaysia di negara ini.

Demi menangani masalah ini, Nik Nasyron menggesa warga Malaysia mendekati Konsulat Jeneral untuk mendapatkan maklumat yang sahih, justeru menghapuskan kemusykilan yang timbul.

Ikuti perbualan sepenuhnya di antara Zaini Ahmad dengan Nik Nasyron Syah.



Share