Segala Yang Perlu Diketahui Mengenai Hari Boxing Di Australia

Seorang wanita kelihatan gembira ketika membeli-belah

Segala yang perlu diketahui mengenai hari Boxing - Getty Source: Moment RF / Witthaya Prasongsin/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Di negara barat, tanggal 26 Disember, hari yang menyusul Hari Krismas, lebih dikenali sebagai Boxing Day. Di Australia, Hari Boxing kini melambang permulaan pesta jualan besar-besaran yang ditawarkan kepada pengguna. Hari Boxing tidak mempunyai kaitan dengan sambutan agama Kristian, namun bagi warga Australia, hari ini memberi peluang untuk melanjutkan lagi sambutan Krismas. Lazimnya, Hari Boxing diraikan dengan majlis barbeque, permainan kriket dan menonton perlumbaan klasik kapal layer Sydney ke Hobart. Ramai pula yang menunggu Hari Boxing untuk mendapatkan tawaran diskaun hebat dalam pesta jualan yang berlansung di setiap bandar bandar utama Australia.


Tajuk Utama
  • Hari Boxing pada 26 Disember menandakan permulaan pesta jualan besar-besaran.
  • Sebahagian besar barangan yang dijual di Australia mempunyai jaminan untuk pembeli.
  • Jualan musim cuti mencecah $23-$25 billion dan dari jumlah ini, $3-$4 billion dibelanja oleh pengguna dalam julan Hari Boxing.
Hari Boxing, yang disambut pada 26 Disember, ialah hari cuti umum di Australia.

Hari ini mendapat namanya dari tradisi sambutan Krismas di England, di mana pada suatu ketika dahulu, golongan bangsawan yang mendiami rumah-rumah besar meluangkan masa sehari selepas sambutan krismas untuk memberi hadiah yang dibungkus di dalam kotak, atau Christmas boxes, kepada semua kakitangan pekerja.

Menurut Professor Constant Mews dari Pusat Pengajian Agama di Monash University, tradisi memberi kotak Krismas ini bermula pada abad ke 16.

Tambah beliau, "26 Disember memberi peluang kepada majikan mengucapkan terima kasih kepada pekerja mereka yang bekerja keras sepanjang tahun kecuali pada hari Ahad."

Di Australia, Hari Boxing bertukar menjadi hari bersantai, bersukan dan hari membeli belah di pesta jualan, bermula sejak lewat abad ke 19 dan awal abad ke-20.


Brian Walker Head shot.png
Brian Walker, CEO dan Pengasas Kumpulan Retail Doctors Group

Pesta Jualan Hari Boxing

Aktiviti membeli belah kini menjadi tarikan utama berjuta-juta warga Australia yang mengambil kesempatan mendapatkan tawaran hebat barangan yang diidamkan sepanjang tahun, dari pakaian dan barang kemas ke barangan elektronik dan perkakas rumah.

Brian Walker, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Kumpulan Retail Doctors Group berkata, "pesta jualan Hari Boxing menjadi semakin popular sejak dekad 80-an dan 90-an, diulungi gudang-gudang besar membeli belah yang menawarkan diskaun paling hebat."

Australians Celebrate Boxing Day Under COVID-19 Restrictions
Warga Australia menyambut Hari Boxing mencari diskaun terbaik dalam pesta jualan yang diadakan di pusat membeli belah di seluruh negara - Getty Credit: Naomi Rahim/Getty Images

Pengalaman Membeli Belah

Lauren Di Bartolo ialah pengasas Institut Gaya Australian Style Institute. Menurut beliau, sebelum 26 Disember, warga Australia mampu mendapat tawaran hebat dalam pesta Click Frenzy pada bulan Oktober dan November serta pesta membeli belah online Black Friday and Cyber Monday pada lewat November.

Lazimnya, musim pesta jualan bermula pertengahan November ke penghujung Januari setiap tahun.

Menurut Brian Walker, sepanjang tempoh ini pengguna Australia berbelanja hampir 70-bilion dolar di pusat membeli belah dan melalui online.

Namun, dengan peningkatan membeli belah secara online, Brian Walker mengingati pengguna supaya berwaspada.

Sebaik mungkin, cuba selidik terlebih dahulu kesahihan penjual online bagi memastikan proses pembayaran yang akan dibuat terjamin dari segi pengawalan maklumat peribadi pembeli.
Brian Walker
Jika anda bosan membuat pembelian secara online, sebaliknya mahu keluar ke pusat membeli belah untuk menikmati suasana pesta jualan, Lauren Di Bartolo menyarankan perancangan terlebih dahulu.

Beliau menyarankan pengguna supaya sentiasa memantau perbelanjaan ketika membeli belah bagi memastikan bajet jumlah pembelian tidak melebihi bajet yang ditetapkan.

LaurenDiBartolo.JPG
Pengasas Australian Style Institute, Lauren Di Bartolo

Bajet bagi mengelak lebihan berbelanja

Memang tidak boleh dinafikan, membeli belah ketika pesta jualan amat menyeronokkan namun pengguna harus beringat supaya tidak keterlaluan berbelanja.

Profesor Jurusan Kewangan, Nadia Massoudm, dari Melbourne Business School menyarankan pengguna menetapkan bajet membeli belah terlebih dahulu.

Profesor Massoudm menasihati pengguna mengganggap jualan Hari Boxing, sebagai peluang untuk mengurangkan bajet perbelanjaan tetap secara keseluruhannya.

"Umpamanya, jika anda mempunyai anak, kasut dan pakaian adalah keperluan yang boleh dibeli ketika pesta jualan yang menawarkan diskaun hebat."

Memahami Hak Kepenggunaan Australia

Sebagai pengguna, pastikan hak anda sebagai sentiasa terpelihara.

Memahami hak pengguna mampu melindungi anda dari ditipu.

Di bawah undang-undang kepenggunaan Australia, setiap pengguna layak menerima kembali jumlah harga barangan atau refund sekiranya barangan yang dibeli rosak. Penjual mungkin menawarkan untuk memperbaiki barangan yang rosak atau ditukar dengan barangan yang sempurna.

Natasha Mann Pesuruhjaya Pertubuhan Perniagaan Adil NSW Fair Trading mengingatkan pengguna supaya menyimpan resit jualan.

Kata beliau, "setiap barangan yang dijual haruslah berada dalam keadaan yang memuaskan dan kualiti serta mutu barangan terjamin. Barangan yang bercalar atau kemek perlu diganti kecuali diskaun tambahan ditawarkan akibat kerosakan tersebut."

Australians Celebrate Boxing Day
Pesta jualan Hari Boxing ialah peluang baik untuk mendapatkan tawaran hebat barangan yang diidamkan sepanjang tahun dari pakaian ke barangan elektronik dan perkakas rumah - Getty Credit: Diego Fedele/Getty Images
Tambah Natasha Mann, hak anda sebagai pengguna tidak berubah sama ada anda membuat pembelian di kedai atau secara online.

Namun, beliau memberi amaran pemulangan semula wang mungkin agak rumit sekiranya pembelian dibuat secara online dari peniaga di luar negara.

 Membeli belah sememangnya suatu aktiviti besar hari Boxing di Australia yang juga menimbulkan suasana berpesta dikalangan sanak saudara dan sabahat andai.

Bagi Lauren Di Bartoli, Hari Boxing ialah hari di mana kaum keluaraga dan sahabat andai berkumpul untuk beramah mesra sambal menikmati sajian lebihan yang tidak habis dimakan pada hari Krismas.

Share