Petua Mencari Pekerjaan Di Australia

Australia Explained - Memohon Pekerjaan

Pemohon pekerjaan ditemuduga oleh pengurus sumber manusia. Source: Moment RF / Me 3645 Studio/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Di Australia, sebilangan besar jawatan kosong tidak diiklankan. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, memahami pasaran buruh serta selok-belok mengenalpasti peluang jawatan kosong amat penting. Jangan semata-mata menunggu iklan jawatan kosong sahaja, sebaliknya cari jalan lain untuk mewujudkan sendiri peluang pekerjaan untuk anda. Satu cara ialah melalui bantuan perkhidmatan agensi pekerjaan, termasuk organisasi yang membantu golongan migran. Satu lagi cara ialah melalui maklumat jawatan kosong yang hanya diketahui oleh orang dalaman. Hanya melalui cara sebegini akan anda berpeluang mendapat pekerjaan atau jawatan idaman yang pada dasarnya memang agak sukar untuk diperolehi.


Tajuk Utama
  • Cuba selidik peluang pekerjaan yang tidak diwawarkan.
  • Agensi pekerjaan khusus untuk golongan migran dan pelarian mampu mempercepatkan proses pencarian pekerjaan anda.
  • Ceburi industri membangun termasuk sektor penjagaan, hospitaliti dan peluang pekerjaan untuk kaum Wanita dalam sektor pembinaan.
Mencari kerja ialah suatu tanggungjawab serius yang dihadapi kita semua.

Bagi pendatang baru ke negara ini, sejurus tiba di Australia, terlebih dahulu periksa status visa bagi memastikan anda layak untuk bekerja di negara ini.

Menurut Agnes Kemenes, peguam kanan di Syarikat NB Migration Law, ini adalah langkah yang paling penting.

Kata beliau, "Jangan tunggu untuk ditawarkan pekerjaan. Sebaliknya, tabahkan hati dan keluar untuk mencari jawatan kosong yang sedia ada. Jangan semata-mata mengharapkan bantuan orang lain."

Laman web dan agensi pekerjaan

Untuk memulakan pencarian jawatan kosong cuba laman web pekerjaan seperti Seek, CareerOne, dan Jora.

Anda juga boleh mencari peluang jawatan kosong melalui platform media social seperti LinkedIn, salah satu laman web terkemuka untuk mencari pekerjaan.

Juga, jangan abaikan agensi pekerjaan kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan majikan yang menawarkan jawatan kosong.

Australia Explained - Permohonan Pekerjaan
Permohonan pekerjaan, kontrak dan konsep perniagaan pekerjaan. Serahkan resume kepada bakal majikan. Source: Moment RF / Narisara Nami/Getty Images

Selidik peluang pekerjaan tersembunyi

Proses mencari pekerjaan sememangnya rumit dan kadangkala pencari kerja perlu mengenalpasti peluang yang sedia ada, namun tersembunyi daripada orang luar.

Justeru, setiap individu perlu meluaskan rangkaian kenalan atau 'contact' mereka kerana kewujudan jawatan kosong seringkali tidak diiklankan sebaliknya disebar dari mulut ke mulut atau 'word of mouth'.

Umpamanya, pastikan anda sentiasa meneliti pengumuman atau peluang pekerjaan melalui akaun Facebook komuniti tempatan anda.

Agensi pekerjaan khusus untuk golongan migran dan pelarian

Anda juga boleh memohon bantuan perkhidmatan untuk golongan migran dan pelarian, seperti pertubuhan bukan kerajaan, Settlement Services International atau SSI.

Menurut Joudy Lazkany, Ketua Perkhidmatan Pekerjaan di SSI organisasi ini ditubuhkan khusus untuk membantu pendatang baru dan golongan pelarian mencari pekerjaan.

“Kami gelarnya '10 langkah menuju kejayaan'," menurut Joudy Lazkany.

“Kami hulurkan perkhidmatan termasuk membantu pencari kerja terjemah sijil dan dokumen ke Bahasa Inggeris serta memohon pengiktirafan kelulusan mereka di negara ini. Juga, kami perkenalkan mereka kepada perkhidmatan lain yang mampu membantu pencarian pekerjaan mereka."

Setibanya golongan pelarian dan pendatang baru ke negara ini, mereka akan diperkenalkan kepada cawangan SSI berhampiran melalui agensi Pelarian dan Pemohon Suaka Australia.

SSI akan menilai kemahiran, tahap kelulusan serta kelayakan setiap individu bagi mengenal pasti pekerjaan yang bersesuaian dengan pengalaman mereka.

Menurut Lazkany, "Bagi mereka yang mempunyai pengalaman bekerja di negara asal, SSI akan membantu individu terbabit mencari pekerjaan dalam bidang yang hampir sama di negara ini."

Sementara itu, satu lagi agensi yang mampu membantu pendatang baru ialah AMES Australia.

Menurut Laurie Nowell, Pengurus Hal Ehwal Awam AMES Australia, agensi ini bertujuan menghapuskan segala jurang yang seringkali menghalang pendatang baru mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran mereka.
Program Pembimbing Pekerjaan atau Mentoring Program bertujuan mempercepatkan proses pencarian pekerjaan bagi golongan migran.
Laurie Nowell, Pengurus Hal Ehwal Awam, AMES Australia.
Kesemua program ini ditawarkan secara percuma.

AMES juga menganjurkan program kemahiran professional intensif atau untuk pendatang baru.
Seorang Pekerja Wanita Kaum Orang Asli
Seorang pekerja wanita kaum orang asli di ladang solar memakai uniform Hi-Vis Workwear Credit: Thurtell/Getty Images

Kaum wanita dalam sektor buruh

Jika anda seorang wanita yang berminat menceburi bidang pekerjaan sebagai seorang tradie, istilah yang diberi kepada pekerja sendiri atau tradesperson, sila hubungi agensi “Connecting Woman to Trades” sebuah initiative kerajaan negeri New South.

Program ini dijalankan menerusi agensi SSI dan menurut Joudy Lazkany, ianya bertujuan membantu golongan wanita mempertingkatkan lagi keupyaan mereka untuk menceburi bidang termasuk sektor pembinaan.

Program ini memaklumkan sumbangan penting yang dibuat oleh kaum wanita terhadap sumber pendapatan seisi keluarga.

Seringkali, kaum wanitalah yang menjadi pencari nafkah utama.

Ceburi sektor penjagaan dan hospitaliti

Satu lagi sektor yang boleh diceburi ialah industri penjagaan dan hospitaliti.

Laurie Nowell dari AMES Australia menegaskan agensi ini turut menawarkan latihan vokasional dalam sektor ini.


Industri penjagaan kini antara sektor yang pesat membangun. Setakat ini, sektor ini mempunyai hampir dua juta pekerja yang dijangka meningkat ke 2.5 juta menjelang 2025.
[Laurie Nowell, Pengurus Hal Ehwal Awam, AMES Australia]
Australia Explained - Permohonan Pekerjaan
Seorang usahawan wanita bersama rakan setugas dalam perbincangan di tempat kerja. Credit: Willie B. Thomas/Getty Images

Manfaat kerja sukarelawan

Peguam dan ejen migrasi, Agnes Kemenes, turut menyarankan pencari kerja supaya tidak mengabaikan kerja sukarelawan yang mungkin memerlukan seorang untuk menyumbang tenaga tanpa gaji.

“Anda perkenalkan diri sendiri; anda perkenalkan kemahiran anda,” tambah Agnes Kemenes.

Kerja sukarelawan seringkali membuka peluang kepada jawatan kosong yang kemudian mendatangkan peluang pekerjaan dan pendapatan yang diidamkan.

Saranan Agnes Kemenes, "Jika tawaran pekerjaan dibuat oleh majikan yang berpuas hati dengan prestasi anda ketika menjalankan tugasan secara sukarelawan, pastikan anda selidik tahap gaji yang dibayar di pasaran terbuka."

Share