Panduan Memohon Pinjaman Peribadi Di Australia

Financial advisor with couple explaining options

Financial advisor with couple explaining options. The agent is using a computer. Couple are casually dressed. They sitting in an office and are discussing something with the agent. Credit: courtneyk/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Akibat kenaikan harga barangan mendadak secara kesuluruhannya, kini ramai warga Australia yang terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk menampung kos kehidupan seharian mereka. Apakah antara faktor yang perlu diambil-kira sebelum anda mengambil langkah untuk membuat permohonan pinjaman peribadi di negara ini.


Tajuk Utama
  • Kadar faedah dan caj perkhidmatan berbeza bergantung kepada institusi kewangan, jenis pinjaman dan situasi kewangan anda.
  • Markah kredit anda menggambarkan kebijaksanaan anda mengurus pinjaman yang sedia ada.
  • Peminjam hanya akan menilai sejarah kredit anda di Australia.
Pinjaman peribadi ialah pinjaman yang diperolehi oleh seseorang peminjam yang perlu dibayar balik, termasuk faedah, dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebilangan besar peminjam memohon pinjaman peribadi atas sebab-sebab tertentu seperti untuk menampung kos perkahwinan atau percutian.

Menurut Andrew Dadswell dari Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia, pinjaman peribadi membolehkan peminjam membayar balik pinjaman dalam tempoh masa yang ditetapkan.
“Namun, setiap pinjaman peribadi dikenakan caj perkhidmatan serta pembayaran faedah yang boleh menambah jumlah pinjaman anda.”

Sebilangan besar warga Australia memohon pinjaman peribadi di antara $2,000 hingga $100,000 dengan tempoh pinjaman selama dua tahun hingga ke-tujuh tahun.

Apakah anda layak memohon pinjaman peribadi?

Tidak semua orang layak memohon pinjaman peribadi dan pihak institusi kewangan menilai dengan teliti taraf kewangan setiap individu.

Untuk memohon, anda perlu menjadi rakyat Australia atau mempunyai hak bermastautin di negara ini.

Dan pemohon haruslah berusia 18 tahun ke atas.

Menurut Dadswell, "pemegang visa sementara mungkin boleh membuat pinjaman bergantung kepada syarat-syarat lain yang mungkin ditetapkan oleh institusi kewangan."

Setiap institusi kewangan akan menilai sejarah kredit pemohon dan mereka menggunakan kaedah penilaian markah kredit atau "credit score" untuk menilai sama ada seseorang individu mampu membuat pembayaran bulanan yang bakal ditetapkan bergantung kepada jumlah yang ingin dipinjam.

Credit report form on a desk with other paperwork.
Salinan borang termasuk laporan markah kredit serta kacamata, pen dan alat pengira. Credit: courtneyk/Getty Images

Apakah markah kredit anda?

Amy Bradney-George, seorang pakar kewangan di syarikat Finder mengibaratkan markah kredit sebagai gambaran sejarah kredit peminjam di Australia.

"Lazimnya, markah kredit setiap individu adalah di antara 0 hingga 1000."

Rekod kredit anda mungkin terjejas sekiranya anda pernah gagal atau lewat membuat pembayaran bulanan pinjaman kad kredit anda.

Juga, jangan terpedaya dengan taktik membuat permohonan pinjaman kepada beberapa institusi kewangan secara serentak. Ini mungkin merendahkan markah kredit anda kerana peminjam mungkin membuat kesimpulan bahawa status kewangan anda agak terdesak.

Apakah jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan?

Sebelum membuat permohonan, selidik dahulu status institusi kewangan dan kadar faedah, yuran berkaitan serta tempoh pinjaman yang ditawarkan oleh institusi terbabit.

Laman web Moneysmart menawarkan kaedah mengira jumlah bayaran ansuran peribadi atau .

Institusi kewangan seperti bank dan koperasi kewangan menawarkan pelbagai jenis pinjaman peribadi yang bersesuaian dengan kehendak setiap peminjam.

Paul Farmer dari syarikat kewangan Heritage and People's Choice berkata, "koperasi kewangan lazimnya menawarkan kadar faedah yang lebih menarik berbanding bank."

"Syarat pinjaman yang dikenakan oleh koperasi kewangan lebih mudah berbanding bank, namun kadar faedah yang dikenakan seringkali lebih tinggi."

Lazimnya, wujud dua jenis pinjaman peribadi, iaitu pinjaman bercagar dan tidak bercagar.
  • Pinjaman bercagar digunakan, umpamanya, untuk membuat pinjaman membeli kereta. Peminjam berhak merampas aset sekiranya anda gagal membuat pembayaran balik bulanan yang ditetapkan. Pinjaman bercagar menawarkan kadar faedah yang tetap dan peminjam dikehendaki membayar kos insuran aset mereka.
  • Pinjaman tidak bercagar tidak memerlukan aset sebagai cagaran, namun kadar faedahnya lebih tinggi.
Menurut Paul Farmer, “Jumlah pinjaman terhad kepada $2,000 hingga $20,000 sahaja."

Memohon pinjaman

Sekiranya anda yakin mampu memenuhi segala syarat pinjaman, termasuk membuat bayaran ansuran, maka anda boleh meneruskan proses pinjaman dengan membuat permohonan secara online kepada institusi kewangan pilihan anda.

Pastikan anda sertai segala dokumen yang dipinta.

Namun, menurut Amy Bradney-George, "tak semestinya permohonan anda berjaya."

"Institusi kewangan akan menilai sama ada gaji anda mampu menampung bayaran ansuran. Juga tempoh pekerjaan anda akan memberi kesan terhadap permohonan yang dibuat."

Apakah padah kegagalan membuat bayaran ansuran yang telah ditetapkan?

jika anda gagal membuat pembayaran ansuran, anda akan dikenakan caj tambahan.

Ramai peminjam yang menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran ansuran seringkali memohon pembayaran gaji lebih awal atau menggunakan kad kredit untuk menampung pembayaran ansuran mereka.

Namun, langkah sebegini menimbul risiko penambahan hutang yang akhirnya lansung tidak mampu dibayar.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat bayaran ansuran adalah penting bagi anda membincangkan kesulitan yang dihadapi dengan institusi kewangan anda.

Institusi terbabit mungkin akan dapat mengubahsuai syarat pinjaman bagi meringankan beban yang dihadapi.

Peminjam yang menghadapi masalah juga boleh memperolehi nasihat kewangan percuma melalui talian hotline hutang atau di 1800 007 007.

bagi mereka yang memerlukan penterjemah, sila hubungi talian perkhidmatan penterjemahan atau .

Berwaspada dengan sindiket penipuan

Peminjam turut diberi amaran berwaspada supaya tidak menjadi mangsa sindiket penipuan.

Laman web menyediakan petua dan panduan mengenalpasti sindiket penipuan serta langkah yang perlu diambil sekiranya anda menjadi mangsa penipuan.

Share