Hikayat Tonjol Kreativiti Pelajar Malaysia Di Melbourne

Hikayat poster.jpg

Pementasan Hikayat terbitan usahasama pelajar-pelajar Malaysia di Melbourne. Credit: Siti Aisyah Baharom

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Tanggal 16 Disember, 2023, bakal melihat pementasan theatre di bandar Melbourne terbitan usahasama segolongan pelajar-pelajar dari Malaysia yang kini melanjutkan pengajian mereka di ibu negeri Victoria yang indah. Hikayat memaparkan kisah dua adik beradik, Badang dan Budi, anak kepada Pak Pandir, watak popular dalam budaya cerita dongeng Melayu. Pementasan ini berbentuk dramatari muzikal yang mengandungi elemen komedi dan seram, termasuk kemunculan watak Nenek Kebayan yang menggangu penduduk Kampung Durian. Pementasan Hikayat mendapat inspirasi dari filem Magika, terbitan KRU Studios pada tahun 2010. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan Pengarah Pementasan Hikayat, Siti Aisyah Baharom.



Share