Di Sebalik Tabir Tradisi Tahun Baru Cina Dan Sambutannya Di Australia

Lion dance during Lunar New Year

Lion dance during Lunar New Year Source: AAP / AAP Image/Jeremy Ng

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Tahun Baru Cina, yang juga dikenali sebagai Pesta Musim Bunga, kini menjadi sambutan yang turut disambut di Australia. Malahan, sambutan ini begitu popular sekali di Sydney, sehingga dianggap sambutan Tahun Baru Cina terbesar di luar Asia. SBS Melayu mengupas sejarah sambutan Tahun Baru Cina dan bagaimana ianya disambut di Australia dan di luar negara.


Tajuk Utama
  • Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran di China dan di seluruh rantau Asia Timur.
  • Sambutan Tahun Baru Cina di Sydney dianggap paling terbesar di luar Asia.
  • Tahun Baru Cina jatuh pada hari yang berbeza setiap tahun, kadangkala pada bulan Januari dan kadangkala pula pada bulan Februari.
Sambutan Tahun Baru Cina mempunyai empat elemen sambutan. Ianya bermula dengan Tahun Kecil, seminggu sebelum sambutan Tahun Baru, menandakan hari memuja kuil dan berhala. Ini diikuti dengan malam tahun baru yang melihat sanak saudara berkumpul untuk sambutan makan besar dan bertukar hadiah.

Dr Pan Wang, pensyarah kanan bidang pengajian China dan Asia di Universiti of New South Wales menerangkan pesta musim bunga ini berlansung selama 15 hari sehingga pesta tanglung.

"Tahun Baru Cina disambut mengikut kitaran bulan dan disambut bukan setakat di negara Cina, malahan di seluruh rantau Asia Timur, termasuk Korea, Vietnam dan Jepun," terang Dr Wang.

Ia juga disambut di Malaysia dan Mongolia serta di seluruh dunia yang mempunyai komuniti warga Cina yang besar.

Menurut Dr Wang, sejarah Tahun Baru Cina bermula sejak 4,000 tahun lalu sejak dinasti Xia atau Shang.

Penari tradisional Cina membuat persembahan sempena pesta Tahun Baru Cina di Sydney.
Penari tradisional Cina membuat persembahan sempena pembukaan Taman Persahabatan Cina di Sydney yang berlansung pada Tahun Baru Cina, Februari 9, 2021. Source: AAP / AAP Image/Bianca De Marchi

"Peluang untuk mendekati budaya Asia Tenggara dan Asia Timur"

Manakala, Dr Kai Zhang dari program Bahasa Cina Moden di kuliah Budaya, Sejarah dan Bahasa di Australian National University di Canberra menggesa masyarakat umum ambil kesempatan mendalami budaya Cina di Asia Tenggara dan Asia Timur menerusi sambutan pesta musim bunga ini.

Kata beliau, "Pesta ini kaya dengan sejarah dan budaya yang boleh didalami melalui sambutan bersama warga Cina di negara ini."

Cara menyambut Tahun Baru Cina

  • Menghias rumah.
  • Jamuan makan bersama keluarga pada malam Tahun Baru Cina.
  • Memberi sampul merah atau ang pow serta hadiah lain.
  • Memain mercun dan bunga api.
  • menyaksi tarian singa dan lumba bot naga.
"Tahun baru Cina disambut dengan jamuan makan yang lazimnya dihidangkan dengan sajian ikan dan dumplings yang dinikmati bersama kaum keluarga," tambah Dr Wang.

"Orang Cina juga percaya warna merah melambang kemewahan, justeru ketika sambtan Tahun Baru Cina, warna merah akan digunakan berleluasa."

Dr Iris Tang berasal dari negara China namun telah menetap lebih 20 tahun di Australia.

Menurut beliau, antara perbezaan utama sambutan tahun baru di China berbanding Australia ialah tempoh sambutan.

Katanya, "Di China, sambutan tahun baru lebih panjang dan melihat ratusan juta warga Cina berpusu-pusu pulang ke kampung untuk bersama kaum keluarga."

Namun, tambah beliau, "Sama ada di China atau Australia, makanan memain peranan penting dalam setiap sambutan Tahun Baru Cina."

chinese_new_year-getty_images_2.jpg

Kalendar Tradisional Cina

Kini di China, walaupun kalendar Gregory digunakan secara berleluasa, namun warganya tetap menggunakan calendar tradisional Cina.

Ini kerana Kalendar tradisional memberi peluang kepada warga Cina menentukan tarikh sambutan seperti Tahun Baru Cina, pesta Tanglung dan Pesta Qingming, yang lebih dikenali hari menyapu pusara.

Ia juga memberi peluang kepada masyarakat Cina memilih tarikh penting seperti hari perkahwinan, berpindah rumah atau untuk memulakan perniagaan baru.

Di sekitar Asia, wujud perbezaan kalendar tradisional ini.

Menurut Dr Pan Wang, Tahun Baru Cina jatuh pada tarikh yang berbeza setiap tahun, kadangkala dalam bulan Januari dan kadangkalanya pula, pesta ini disambut pada bulan Februari.

Pesta Tanglung

Pesta Tanglung disambut pada hari ke-15 selepas Tahun Baru Qamari atau Lunar New Year.

Dr Kai Zhang menjelaskan, "Pesta ini mendapat ini kerana ketika sambutan ini, kanak-kanak diberi tanglung kecil yang menerangi pintu bilik mereka atau rumah mereka."

Tambah beliau, "Tradisi ini bermula sejak dinasti Tang yang melihat pesta tanglung ini disambut secara besar-besaran."

A stall seen selling Chinese New Year products during the Georges River Lunar New Year Festival in Sydney, Saturday, January 18, 2020.
Gerai menjual tanglung dan barangan lain sempena pesta Tahun Baru Cina Georges River di Sydney pada 18 Januari, 2020. Source: AAP / AAP Image/Jeremy Ng

"Masa untuk menghormati nenek moyang."

Dr Craig Smith ialah pensyarah dalam bidang pengajian penterjemahan bahasa Cina di Institut Asia di University of Melbourne.

Beliau pernah menetap di Taiwan dan Korea Selatan dan mempunyai banyak kenganan indah mengenai sambutan Tahun Baru Cina.

Dr Smith berkata, "Di Korea Selatan, Tahun Baru Cina menjadi hari untuk menghormati nenek moyang masyarakat Korea."

"Sejarah beribu tahun."

Tambah Dr Craig Smith, pelbagai aspek sambutan Tahun Baru Cina sebenarnya berasal dari luar China.

"Umpamaynya, tarian naga yang sering diadakan dalam perarakan tahun baru. Tradisi ini berasal sejak beribu tahun lalu dan dipengaruhi budaya yang dibawa ke negara Cina dari negara barat dan negara Asia Tengah melalui Laluan Sutera atau Silk Road."

Menurut beliau, ramai yang mempercayai tradisi tarian naga berasal dari budaya Parsi.

Dalam pada itu, tahun Zodiak Cina bermula dan berakhir pada Tahun Baru Qamari atau Lunar New Year.

Ianya dikaitkan dengan bintang dua belas, setiap satu dilambangi haiwan zodiak yang mempunyai keistimewaan masing-masing.

Kedua-belas haiwan zodiak ini ialah tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Masyarakat Cina percaya kesetiap dua belas ekor haiwan zodiak ini mempunyai legenda tersendiri.


Share