Anwar Temui Albanese Di Sidang Kemuncak Khas ASEAN Australia

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, di sidang kemuncak khas ASEAN-Australia 2024.

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, sempena sidang kemuncak khas ASEAN-Australia 2024 di Melbourne. Dalam sidang media, pemimpin kedua-dua buah negara menyatakan hasrat untuk terus memperkukuhkan lagi perhubungan dua-hala di antara Australia dan Malaysia. Albanese turut menyatakan minat Australia untuk lebih akrab dengan pertubuhan ASEAN dan memuji Malaysia sebagai antara rakan perdagangan Australia paling penting di rantau Asia.


Anwar Ibrahim disambut rakan sejawat beliau di Australia, Anthony Albanese, di sidang kemuncak ASEAN-Australia 2024 yang berlansung di Melbourne.

Dalam satu sidang media, Albanese mengumumkan dana AUD$2 bilion untuk melabur dan bekerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara-negara ahli pertubuhan ASEAN.

Menurut Anwar, isu yang diperbincangkan dengan Albanese tertumpu terhadap kerjasama di antara pertubuhan ASEAN dengan Australia. Ini termasuk isu pelaburan, kerjasama dalam melihat isu dalaman soal digital dan transisi tenaga.

Anwar turut mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan kepada Australia dan New Zealand terhadap sikap mereka mendukung usaha untuk menghentikan serangan dan menyuarakan hasrat dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

Beliau turut menggariskan lima bidang tumpuan bagi memperkukuhkan hubungan ASEAN dengan Australia yang terjalin sejak 50 tahun lalu.

Antaranya, kerjasama ekonomi menerusi pemerkasaan ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS.

Malaysia sedari wujud potensi sokongan daripada Australia untuk memperkukuhkan ekosistem PMKS ASEAN, terutamanya melalui transformasi digital, pembinaan kapasiti, akses pasaran, amalan mampan dan mengupaya penyertaan yang saksama dalam kalangan PMKS.

Tambah Anwar, Malaysia komited terhadap pembangunan PMKS sebagai pemacu bagi peluang pekerjaan, inovasi dan perangsangan ekonomi.

Sidang kemuncak itu dihadiri oleh semua negara anggota ASEAN kecuali Myanmar, selain tiga negara jemputan iaitu New Zealand, Timor Leste dan Papua New Guinea.



Share